“Anda kelihatan hebat pada usia 51 tahun.”
Inilah kata-kata peminat buat penghibur Jennifer Lopez atau JLo.
Menerusi rakaman ‘chat video’ di laman media sosial Instagram, JLo berkongsi petua kecantikan sambil membersihkan solekan diwajahnya. Ternyata, JLo tetap cantik walau tanpa secalit solekan!
Menurut figura kesayangan ramai ini, kecantikan boleh didefinisikan sebagai awet muda serta sihat dalaman dan luaran.
Dia berkongsi berita bahawa dirinya kini telah mengeluarkan produk kecantikan untuk pasaran di Sephora yang dinamakan JLo Beauty seperti pelembap, pembersih, dan serum disamping makanan tambahan.
Menurutnya, bahan utama yang terkandung dalam produk penjagaan kulit ini adalah minyak zaitun, squalane, minyak fermentasi, minyak zaitun extra-virgin dan ekstrak daun zaitun yang kaya antioksidan dan amat mesra kulit.
Kongsi JLo lagi, ini adalah rahsia kecantikan tradisi keluarga yang diturunkan dari nenek dan ibunya untuk penjagaan rambut, kulit, dan kuku agar sihat berkilat.
Begitu juga bahan utama makanan tambahan berasaskan ekstrak zaitun tulen.
Selain itu, JLo turut mempercayai rutin senaman hariannya dan tabiat pemakanan yang sihat iaitu hanya sedikit alkohol dan makanan ringan turut menyumbang dan menjadi kunci agar sentiasa kelihatan awet muda.
Paling penting, kata JLo sentiasa berfikiran positif, gembira dan dikelilingi oleh cinta.
“Saya dan anak-anak menjalani kehidupan bahagia yang penuh kegembiraan dan gelak ketawa!” 💕
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply