Bekas peserta program Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7), Ashira Aziz dan Bad Indigo sedang bercinta dan bercadang bernikah pada Mac depan.
Menerusi laporan Kosmo!, penyanyi berusia 36 tahun ini terbuka hati menerima Bad kerana melihat keikhlasan dan keberanian yang ditonjolkan oleh lelaki itu.
“Perkenalan kami bermula semasa sesi penggambaran promosi GV7 beberapa bulan lalu.
“Dia (Bad) seorang yang berani dan gentleman. Masa mula berkawan, dia sudah berani berjumpa dengan bapa saya,” lapor media berkenaan.
Ashira atau nama sebenarnya, Sharifah Nur Ashira Syed Abdul Aziz, memberitahu hubungan cintanya dengan lelaki berusia 46 tahun itu telah pun diketahui dan mendapat restu keluarga kedua-dua belah pihak.
Sementara itu, Bad atau nama sebenarnya, Badrul Izhan Yeop Abdullah yang ditemui ketika menemani Ashira menjalani sesi fotografi bersama Kosmo! berkata, pada awalnya dia tidak mengenali Ashira secara terperinci.
“Ketika kali pertama bertemunya, (Ashira) saya terus mencari maklumat mengenainya di internet. Jujur saya katakan saya tidak kenal siapa Ashira (sebelum ini),” kata Bad.
Menurut Bad lagi, selepas berkenalan dan bertukar nombor telefon, Ashira mengirim mesej kepadanya untuk bertanyakan tentang lagu Sehidup Semati nyanyian Indigo.
“Sejak dari itu, kami berhubung setiap hari sebelum hati terpaut,” kata duda kepada sepasang cahaya mata terbabit.
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply