Laporan terkini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mencatatkan 5,728 kes baharu menjadikan kes kumulatif meningkat kepada 209,661 kes.
Jumlah pesakit discaj pula direkodkan seramai 3,805 orang dan ini menjadikan jumlah pesakit yang telah sembuh serta discaj ialah 161,527 kes (77.04%).
Pesakit yang masih dirawat iaitu Kes Aktif adalah seramai 47,388 orang manakala 319 pesakit berada di ICU dan 120 daripadanya dilaporkan memerlukan bantuan alat pernafasan.
13 kematian direkodkan hari ini menjadikan jumlah kes kematian meningkat kepada 746 kes (0.36%).
Orang awam dinasihatkan agar mematuhi arahan PKP yang terkini.
Terus amalkan penjarakan sosial, pemakaian pelitup muka serta jaga kebersihan dan kesihatan diri. Kita boleh lakukannya!
#StayAtHome
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang
* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply