Saturday, November 21, 2026
HomeBERITACOVID-19 : Kes baharu tertinggi direkodkan hari ini

COVID-19 : Kes baharu tertinggi direkodkan hari ini


Laporan terkini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mencatatkan peningkatan kes baharu tertinggi dalam negara iaitu sebanyak 4,029 kes.

Catatan baharu ini membabitkan 4,021 kes tempatan dan lapan kes import menjadikan jumlah keseluruhan positif terus meningkat kepada 155,095 kes.

Jumlah pesakit discaj pula direkodkan seramai 2,148 orang dan ini menjadikan jumlah pesakit yang telah sembuh serta discaj ialah 117,375 kes (75.7%).

Pesakit yang masih dirawat iaitu Kes Aktif adalah seramai 37,126 orang (23.9%) manakala 205 pesakit berada di ICU dan 79 daripadanya dilaporkan memerlukan bantuan alat pernafasan.

Direkodkan lapan kematian hari ini menjadikan jumlah kes kematian meningkat kepada 594 kes (0.4%).

Orang ramai dinasihatkan agar mematuhi arahan PKP yang terkini.

Terus amalkan penjarakan sosial, pemakaian pelitup muka serta jaga kebersihan dan kesihatan diri. Kita boleh lakukannya!

#StayAtHome
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

 

SourceKKM
RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments