Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memerlukan 3,000 sukarelawan untuk membolehkan ujian klinikal mengenai keberkesanan dan keselamatan vaksin COVID-19.
Melalui pemberitahuan yang dikeluarkan KKM berkata sesiapa saja yang berusia sekurang-kurangnya 18 tahun boleh menawarkan diri menjadi sukarelawan berkenaan.
Menurut KKM mereka akan menyertai ujian klinikal fasa ketiga untuk vaksin yang dibangunkan Institut Biologi Perubatan Akademi Sains Perubatan China (IMBCAMS).
Berdasarkan poster yang dikongsi KKM di media sosial malam tadi, sukarelawan diperlukan bagi menyumbang dalam usaha mencari vaksin yang selamat dan berkesan demi melindungi orang ramai daripada COVID-19.
Ujian itu akan bermula pada 21 Jan ini. Bagi sesiapa yang berminat mereka boleh berhubung dengan sembilan hospital yang ditetapkan, iaitu :
Hospital Sungai Buloh, Selangor (011-1004 5343)
Hospital Ampang, Selangor (016-728 6617)
Hospital Raja Permaisuri Bainun Hospital, Ipoh Perak (011-6331 1654)
Hospital Taiping, Perak (019-854 6373)
Hospital Pulau Pinang, George Town (016-521 3055)
Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang (014-906 5518)
Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar Kedah (019-554 4976)
Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani Kedah (017-793 1938)
Hospital Umum, Kuching Sarawak (012-310 8108)
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply