Laporan terkini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan 1,741 kes positif COVID-19 hari ini membabitkan 1,733 kes tempatan manakala lapan kes import.
Dengan catatan baharu ini menjadikan jumlah keseluruhan positif dalam negara sebanyak 120,818 kes.
Jumlah pesakit discaj direkodkan seramai 1,010 orang dan ini menjadikan jumlah pesakit yang telah sembuh serta discaj ialah 98,228 kes (81.3%).
Pesakit yang masih dirawat iaitu Kes Aktif adalah seramai 22,089 orang (18.3%) manakala 122 pesakit berada di ICU dan 53 daripadanya dilaporkan memerlukan bantuan alat pernafasan.
Direkodkan tujuh kematian hari ini sekaligus menjadikan jumlah kes kematian meningkat kepada 501 kes (0.4%).
Orang awam dinasihatkan agar tidak keluar rumah jika tiada keperluan.
Terus amalkan penjarakan sosial, pemakaian pelitup muka serta jaga kebersihan dan kesihatan diri. Kita boleh lakukannya!
#StayAtHome
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang
* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply