Tuesday, May 21, 2024
HomeBERITATindakan tegas jika promosi ideologi komunisme - Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay

Tindakan tegas jika promosi ideologi komunisme – Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay hari ini menegaskan akan mengambil tindakan terhadap pihak yang mempromisikan ideologi komunisme termasuk memaparkan karikatur pejuang komunis di premis perniagaan.

Beliau berkata jika terdapat pihak melakukan hingga boleh membangkitkan sokongan terhadap perjuangan parti komunis, tindakan tegas akan diambil mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.

Dalam satu kenyataan media, beliau menyatakan  kini tular papan iklan di sebuah premis makanan di Taman Mount Austin memaparkan gambar pemimpin-pemimpin komunis termasuk dekorasi bahagian dalam selain para pekerjanya dikatakan turut berpakaian seperti tentera komunis China.

Sehari sebelum itu, viral dua buah restoran di Georgetown, Pulau Pinang yang memaparkan dekorasi berunsur komunis.

Mengenai premis makanan di taman itu, Ayob Khan berkata, sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan sudah melakukan siasatan dan pemeriksaan pada jam 3.40 petang pada Ahad.

“Hasil pemeriksaan mendapati premis makanan itu sudah diubah dan tiada lagi imej-imej seperti yang ditularkan dalam media sosial.

“Restoran tersebut milik seorang lelaki tempatan berusia 41 tahun dan siasatan mendapati isterinya adalah warganegara China dan menjelaskan gambar yang diviralkan adalah dari tahun 2019,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya sudah menjalankan siasatan di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan, Seksyen 47 Akta Pertubuhan 1966 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia (AKMM) 1998.

Beliau turut memaklumkan, sebelum ini pihak berkuasa tempatan (PBT) sudah mengambil tindakan terhadap premis berkenaan atas kesalahan mempamerkan iklan yang tidak mematuhi syarat.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments