Tuesday, May 21, 2024
HomeBERITAHarris Annuar positif COVID-19, mohon kontak rapat segera jalani ujian saringan

Harris Annuar positif COVID-19, mohon kontak rapat segera jalani ujian saringan

Jumlah terkumpul COVID-19 dalam negara  berada pada paras membimbangkan ekoran peningkatan kes harian yang sentiasa meningkat.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga sentiasa mengingatkan orang awam agar sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan dalam usaha memutuskan rantaian wabak pandemik ini.

Terbaharu, pelakon dan model, Harris Annuar disahkan positif COVID-19 dan kini sedang menjalani ‘self quarantine’ seperti yang disarankan pihak berwajib.

Pelakon yang dicungkil bakat melalui program realiti  Hero Remaja 2017/18 ini juga memohon kesemua kontak rapat dua minggu terakhir dengannya agar segera melakukan ujian saringan di klinik berhampiran.

Melalui perkongsiannya di laman Instagram, Harris turut memberitahu dirinya kini sedang menunggu tindakan lanjut dari pihak KKM.


Semoga dipermudahkan urusan dan kepada 
semua kontak rapat dengan Harris, cepat-cepat jalani ujian saringan ya!

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments