Seri ibu mengandung. Itulah yang terpancar diwajah figura kesayangan ramai Scha Al Yahya.
Isteri kepada pengacara dan pelakon Awal Ashaari yang sedang hamil anak kedua ini dilihat sering memuatnaik penampilannya buat tatapan peminat tersayang.
Seperti biasa perkongsiannya menerima ribuan tanda suka dari para pengikut setia pelakon dan pengacara terkenal ini.
Namun, perkongsian kali ini memberi makna dan begitu istimewa apabila permaisuri kepada Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris Ibni Sultan Ibrahim, Yang Amat Mulia Che’ Puan Khaleeda Bustamam, turut meninggalkan komen pada perkongsian foto Scha.

Dengan komen pujian berbunyi,”You are beauuutiful ????????!.”

Komen ringkas namun bermakna itu sudah cukup membuat ibu kepada Lara Alana ini sangat gembira dan teruja apabila menerima pujian dari Che Puan Khaleeda dan turut membalas komen berkenaan.
Sungguh baik budi pekerti permaisuri hati TMJ ya. Terkenal bersikap ‘low profile’, anggun, lemah lembut budi bicaranya dan tidak lokek memuji pula.
Bertuah siempunya diri apabila gambar yang dimuat naik menarik minat golongan kenamaan.
Ternyata, kedua-dua wanita ini sama cantik dan ada daya penarik tersendiri.
Semoga segala urusan Scha dipermudahkan dan selamat melahirkan bayi yang sihat sempurna????????.
* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply