Saturday, May 25, 2024
HomeBERITACOVID-19 : Penutup tahun 2020 dengan peningkatan kes baharu yang tinggi

COVID-19 : Penutup tahun 2020 dengan peningkatan kes baharu yang tinggi

Penutup tahun 2020 menyaksikan peningkatan mendadak kes COVID-19.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan 2,525 kes baharu positif COVID-19 melibatkan 2,512 kes tempatan dan 13 kes import hari ini.

Dengan catatan peningkatan baharu ini, jumlah keseluruhan positif dalam negara bertambah dengan jumlah 113,010 kes.

Jumlah pesakit discaj direkodkan seramai 1,481 orang dan ini menjadikan jumlah pesakit yang telah sembuh serta discaj ialah 88,941 kes (78.7%).

Pesakit yang masih dirawat iaitu Kes Aktif adalah seramai 23,598 orang (20.9%) manakala 131 pesakit berada di ICU dan 60 daripadanya dilaporkan memerlukan bantuan alat pernafasan.

Dilaporkan lapan kematian direkodkan hari ini menjadikan jumlah kes kematian meningkat kepada 471 kes (0.4%).

Orang ramai dinasihatkan agar tidak keluar rumah jika tiada keperluan.

Terus amalkan penjarakan sosial, pemakaian pelitup muka serta jaga kebersihan dan kesihatan diri. Kita boleh lakukannya!

#StayAtHome
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

 

SourceKKM
RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments