Seorang bayi dilaporkan positif COVID-19 kerana dijangkiti oleh orang dewasa yang dipercayai memeluk bayi berkenaan.
Memetik kenyataan Unit Pendidikan Kesihatan PKD Kota Setar, hasil siasatan mendapati bayi berkenaan dijangkiti oleh seorang individu yang baru pulang dari negeri zon merah.
”Dukacita dimaklumkan, terdapat kes melibatkan bayi dan hasil siasatan mendapati bayi terbabit dijangkiti oleh orang dewasa yang pulang dari negeri zon merah,” kongsi pihak terbabit.

Dalam pada itu, pihak berkenaan turut mengingatkan ibu bapa di luar sana untuk tidak membawa bayi keluar disamping menghadkan jumlah kedatangan tetamu ke rumah.
Terdahulu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, turut merayu individu yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di zon merah agar tidak merentas daerah atau negeri bagi membendung penularan Covid-19 ke kawasan lain.
Katanya, kebimbangan ini timbul berikutan risiko individu terbabit membawa virus berkenaan ke kawasan zon hijau sehingga mencetuskan kluster jangkitan baharu.
* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply