Friday, November 20, 2026
HomeBERITAPernah kram kaki, tersedak makanan? Jom try tips dari Ustaz Kazim Elias

Pernah kram kaki, tersedak makanan? Jom try tips dari Ustaz Kazim Elias

Dalam menjalani kehidupan seharian, kadang-kadang kita tidak terlepas dari berhadapan dengan insiden kecil seperti tersedak ketika sedang menikmati makanan, terjadinya kram kaki serta kaki semut-semut atau kebas, dan juga salah bantal ketika tidur.

Menerusi perkongsian di laman media sosial twitter, pendakwah selebriti Ustaz Kazim Elias ada berkongsi tips jika anda berhadapan dengan situasi begini.

Jika anda tersedak ketika sedang makan, anda hanya perlu mengangkat tangan. Mudah kan!

Jika anda mengalami kram kaki kiri, angkat tangan kanan tinggi-tinggi, sebaliknya jika itu terjadi pada kaki kanan, angkat tangan kiri anda tinggi-tinggi.

Ketika kaki kiri semut-semut, cepatlah goncang atau ayun telapak tangan kanan dengan sekuat tenaga.

Begitulah sebaliknya, jika kaki kanan yang semut-semut, lakukan perkara sama pada telapak tangan kiri.

Salah tidur pasti membuatkan anda berada sakit di sekitar tengkuk dan belikat. Apa yang boleh anda lakukan ialah dengan mengangkat kaki sahaja, kemudian tarik ibu jari kaki dan picit dengan cara memutar kearah ataupun berlawanan arah jarum jam.

Semoga bermanfaat ????????

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

 

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments