Saturday, November 21, 2026
HomeBERITACOVID-19 : 1,925 kes baharu, dua kematian direkodkan

COVID-19 : 1,925 kes baharu, dua kematian direkodkan

Kementerian Kesihatan Malaysia merekodkan (KKM) 1,925 kes baharu positif COVID-19 hari ini membabitkan 1,915 kes tempatan dan 10 kes import.

Dengan rekod baharu ini, menjadikan jumlah keseluruhan positif dalam negara adalah sebanyak 108, 615 kes.

Jumlah pesakit discaj direkodkan seramai 1,123 orang dan ini menjadikan jumlah pesakit yang telah sembuh serta discaj ialah 86,715 kes (79.8%).

Pesakit yang masih dirawat iaitu Kes Aktif adalah seramai 21,443 orang (19.7%) manakala 117 pesakit berada di ICU dan 55 daripadanya dilaporkan memerlukan bantuan alat pernafasan.

Dilaporkan dua kematian hari ini menjadikan jumlah kes kematian meningkat kepada 457 kes (0.4%).

Orang ramai dinasihatkan agar tidak keluar rumah jika tiada keperluan.

Terus amalkan penjarakan sosial, pemakaian pelitup muka serta jaga kebersihan dan kesihatan diri. Kita boleh lakukannya!

#StayAtHome
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

 

SourceKKM
RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments