Tajul Arif bakal melancarkan single solo terbarunya yang berjudul ‘Izinkan Aku’ malam ini.
Lagu ciptaan Tuah Adzami berentak balada dan lirik bersama Tajul sendiri adalah berkisarkan sebuah cerita cinta.
Menyelusuri perjalanan kerjaya seninya yang bermula pada tahun 2016, sehingga kini Tajul telah menyanyikan hampir 10 buah lagu termasuk lagu solo, duet dan lagu raya.
Single pertamanya ‘Sedalam Rindu’ berjaya meletak nama beliau setanding artis seangkatan popular lain.
Tajul juga pernah tersenarai dalam top 5 kategori artis baru popular dan duo / berkumpulan popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH), serta memenangi kategori Penyanyi Kolaborasi Terbaik EDMA 17 menerusi lagu ‘Di Sana Cinta Di Sini Rindu’ duet bersama Wany Hasrita.
Ayah kepada seorang puteri ini menaruh harapan agar lagu terbarunya ini diterima dan disukai pendengar.

Lagu ‘Izinkan Aku’ akan dilancarkan di semua saluran digital dan muzik video di saluran YouTube FMC pada jam 8 malam ini.
Semoga single terbaru Tajul berjaya memikat hati para pendengar. Good luck Tajul!
* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply