Laporan terkini Kementerian Kesihatan Malaysia merekodkan 1,581 kes baharu positif COVID-19 hari ini.
Jumlah kes baharu terbabit melibatkan 1,579 merupakan kes tempatan dua kes import menjadikan jumlah keseluruhan positif adalah sebanyak 100,318 kes.
Jumlah pesakit discaj direkodkan seramai 1,085 orang dan ini menjadikan jumlah pesakit yang telah sembuh serta discaj ialah 81,099 kes (80.8%).
Pesakit yang masih dirawat iaitu Kes Aktif adalah seramai 18,773 orang (18.7%) manakala 102 pesakit berada di ICU dan 45 daripadanya dilaporkan memerlukan bantuan alat pernafasan.
Dilaporkan dua kematian direkodkan hari ini, menjadikan jumlah kes kematian meningkat kepada 446 kes (0.5%).
Orang awam dinasihatkan agar tidak keluar rumah jika tiada keperluan.
Terus amalkan penjarakan sosial, pemakaian pelitup muka serta jaga kebersihan dan kesihatan diri. Kita boleh lakukannya!
#StayAtHome
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang
* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply