Saturday, May 25, 2024
HomeBERITAPembelian vaksin, Malaysia dapat harga lebih baik dari Belgium - KJ

Pembelian vaksin, Malaysia dapat harga lebih baik dari Belgium – KJ

Menteri Sains dan Teknologi, Khairy Jamaluddin memberi bayangan Malaysia akan membeli vaksin Pfizer pada harga 12 atau bersamaan RM59.43.

Beliau menggambarkan kemungkinan membayar harga yang lebih kurang sama selepas Menteri Belgium mendedahkan di Twitter bahawa Kesatuan Eropah (EU) mendapatkan dos dari syarikat farmaseutikal Amerika pada harga berkenaan.

Khairy yang gembira dengan harga ditawarkan oleh Pfizer bagi mengulas kegusaran pihak pembangkang susulan peruntukan kerajaan sebanyak RM3 billion untuk membeli vaksin terbabit.

“Saya nak jadi setelus yang boleh. Saya hendak beritahu rakyat Malaysia bahawa saya gembira dengan harga yang kita dapat dari Pfizer, jika saya boleh bercakap tentang harga itu sekarang.

“Meskipun berdasarkan pendedahan harga vaksin itu kepada EU, saya sudah amat senang dengan harga (yang diperoleh ketika ini) dan itu juga sudah memadai.

“Saya hampir melanggar perjanjian kerahsiaan (ditandatangani antara Malaysia dan Pfizer),” katanya.

Khairy turut mendedahkan kerajaan akan membelanjakan sejumlah RM2.05 bilion untuk memberi suntikan vaksin kepada 26.5 juta orang atau 82.8 peratus populasi penduduk negara ini.

Menjelaskan lebih lanjut, kos berkenaan merangkumi tiga perjanjian yang ditandatangani dengan Covax, Pfizer dan AstraZeneca bersama tiga syarikat lain.

Bagi AstraZeneca khususnya, Khairy berkata syarikat farmaseutikal itu bersetuju untuk menjual vaksin mereka dengan harga kos.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments