Ketua Badan Pimpinan BERSATU Negeri Perak, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu menjelaskan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Perak sehingga kini masih belum memohon untuk menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfurlah berhubung isu pelantikan Menteri Besar Perak.

Dalam satu kenyataan media ringkas, beliau yang juga mantan Menteri Besar memaklumkan bahawa parti berkenaan tidak menerima titah menghadap Sultan Perak secara rasmi dari pihak Istana sekaligus menyangkal laporan media massa berkenaan isu terbabit.
* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply