Kes baharu positif COVID-19 meningkat tinggi dengan 1,600 kes direkodkan hari ini.
Sebanyak 1,597 kes tempatan dilaporkan manakala tiga membabitkankes import menjadikan jumlah keseluruhan positif dalam negara adalah sebanyak 74,294 kes.
Jumlah pesakit discaj direkodkan seramai 1,033 orang dan ini menjadikan jumlah pesakit yang telah sembuh serta discaj ialah 62,306 kes.
Pesakit yang masih dirawat iaitu Kes Aktif adalah seramai 11,604 orang manakala 129 pesakit berada di ICU dan 57 daripadanya dilaporkan memerlukan bantuan alat pernafasan.
Dilaporkan dua kematian direkodkan hari ini menjadikan jumlah kes kematian meningkat kepada 384 kes.
Nampaknya kes baharu masih berada ditahap yang tinggi.
Orang ramai dinasihatkan agar tidak keluar rumah jika tiada keperluan.
Terus amalkan penjarakan sosial, pemakaian pelitup muka serta jaga kebersihan dan kesihatan diri. Kita boleh lakukannya!
#StayAtHome
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang
* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply