Orang memberi kita merasa, orang berbudi kita berbahasa.
Inilah kata pujangga paling sesuai menggambarkan tentang hidup beradat dan beradab di kalangan masyarakat.
Tidak kira bangsa, agama dan pangkat, inilah pegangan yang perlu ada dalam setiap diri kita semua.
Begitu juga jika ada masalah atau kesilapan, haruslah menegur dengan berhemah agar tidak mengaibkan pihak lain.
Menerusi perkongsian di laman media sosial Instagram, penyanyi dan pelakon Zarul Umbrella menunjukkan ‘screen shot’ komen kasar netizen terhadapnya.
Menerusi komen terbabit, netizen mempertikaikan Zarul sedang menemubual dalam keadaan memakai pelitup muka atau ‘face mask’ dengan ayat, “Bodoh, nak sembang bukak mask tu bodoh.”

Sungguh kurang sopan cara dan perkataan netizen berkenaan ya…
Admin memang tidak faham, mengapa perlu menulis komen sebegitu rupa? Kalau ya pun, tak bolehkah gunakan bahasa yang lebih sopan? Apa sebenarnya masalah dia agaknya?
Pun begitu, Zarul membalas komen terbabit dengan berhemah dan menyatakan alasan lebih baik salah seorang memakai ‘face mask’ dalam usaha mengekang penyebaran wabak COVID-19.


Para peminat Zarul turut mempertikaikan kematangan sipenghantar mesej berkenaan.

Hmm… Admin rasa pelik dengan sesetengah orang. Sama ada dia terlalu ‘concerned’ atau sayangkan selebriti atau ada perasaan hasad dengki serta suka menyakitkan hati pihak lain. Entahlah..
Bertabahlah Zarul ????
* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply