Thursday, June 20, 2024
HomeBERITAPejabat MB Perak sahkan seorang kakitangan positif COVID-19

Pejabat MB Perak sahkan seorang kakitangan positif COVID-19

Dilaporkan seorang kakitangan Pejabat Menteri Besar Perak Darul Ridzuan telah disahkan positif COVID-19 selepas menjalani saringan kesihatan.

Sebagai langkah keselamatan, proses sanitasi telah dijalankan di Pejabat Menteri Besar mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.

Perkara berkenaan telah dimaklum dan disahkan oleh Pejabat Menteri Besar dalam satu kenyataan media hari ini.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu tidak berada di pejabat dalam tempoh ini kerana sedang menghadiri sidang Parlimen namun atas faktor keselamatan beliau telah menjalani ujian saringan kesihatan semalam dan keputusan disahkan negatif COVID-19.

Sementara pihak Jabatan Kesihatan Negeri menjalankan saringan kontak rapat kakitangan berkenaan, pegawai dan kakitangan pejabat Menteri Besar telah diarahkan untuk menjalani kuarantin kendiri di rumah serta memantau tahap kesihatan masing-masing sehingga arahan selanjutnya dari pihak jabatan terbabit.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

ِ

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments