Tular di laman media sosial apabila suspek utama penggubahan wang haram, Goh Leong Yeong atau Alvin Goh berkongsi rakaman video membuat pengakuan tidak bersalah.
Melalui rakaman video terbabit suspek berusia 32 tahun itu berkata sudah bersedia untuk menyerah diri kepada pihak polis dan percaya terhadap undang-undang yang akan membuktikan segala pertuduhan yang dilemparkan terhadap dirinya.
https://www.instagram.com/tv/CG2dM05g-E3/?igshid=lpralnidy9lb
Terdahulu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed mengedahkan penangkapan Alvin Goh yang dikesan bersembunyi di sebuah residensi di sebuah pusat peranginan di Pahang, bersama seorang wanita warga China dipercayai teman wanitanya.
Beliau berkata suspek yang juga koordinator kepada aktiviti Macau Scam di negara China ditahan selepas pihaknya menjalankan risikan bagi mengesannya sejak 12 Oktober lalu dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 117.
* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply