Thursday, June 20, 2024
HomeBERITAWe Care, We Share! Tips jimat elektrik dari TNB

We Care, We Share! Tips jimat elektrik dari TNB

Pasti rama di antara kita yang perlu bekerja dari rumah semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Malah ada juga yang mula membeli perkakasan elektrik seperti pendingin hawa dan kipas serta barangan elektrik yang lain. Maklumlah, mahu lebih selesa ketika bekerja dari rumah.

Kami ingin menasihatkan anda agar memilih perkakasan elektrik yang diluluskan oleh SIRIM bagi menjamin keselamatan dan mengelakkan perkara yang tidak dingini seperti renjatan elektrik dan litar pintas.

Lebih baik kita mencegah dan jangan sampai sudah terhantuk baru tergadah.

Disini, kami senaraikan tips penjimatan elektrik yang dikongsi oleh TNB, antaranya :

1) Pastikan pintu dan tingkap ditutup ketika menggunakan pendingin hawa untuk memastikan penggunaan tenaga elektrik kekal optimum.

2) Pastikan ruang tertutup semasa lenghawa dingin digunakan.

3) Tutup suis yang tidak digunakan dan mengutamakan pencahayaan natural dengan membuka tingkap serta pintu pada waktu siang.

4) Gantikan mentol biasa kepada mentol LED.

5) Kumpul dan tunggu mesin basuh penuh, baru mulakan cucian.

6) Dah siap cuci, jom sidai di luar atau dalam rumah. Tak perlu kerap gunakan pengering kain.

7) Kain dah kering boleh asingkan untuk dilipat dan digosok sekaligus.

8) Kurangkan membuka tutup peti sejuk secara kerap.

9) Tidak menggunakan peralatan elektrik yang mempunyai elemen pemanas secara berlebihan ketika di dapur.

Semoga perkongsian kami ini sedikit sebanyak menyumbang ke arah kebaikan untuk pembaca dan keluarga. Jom cuba✌????

We Care, We Share!

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

SourceMKN
RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments