Kerajaan bersetuju menggunakan pendekatan secara hybrid iaitu fizikal dan maya (virtual) bagi penganjuran Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) pada tahun ini.
MAHA 2020 yang bakal berlangsung selama empat hari bertempat di Taman Pameran Pertanian Malaysia, Serdang (MAEPS) akan bermula pada 26 hingga 29 November.
“Peserta yang mempunyai kad jemputan sahaja akan dibenarkan masuk, manakala peserta antarabangsa akan terlibat secara atas talian.
“Garis Panduan yang lebih lengkap dan perlaksanaan akan diperhalusi serta dibincangkan dengan lebih terperinci oleh mesyuarat jawatankuasa teknikal,” ujar Menteri Kanan Keselamatan, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob sebentar tadi.
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

Leave a Reply