Sunday, June 23, 2024
HomeBERITACOVID-19 : 11 pulih, 15 kes baharu

COVID-19 : 11 pulih, 15 kes baharu

15 kes baharu COVID-19 melibatkan lima kes import dan 10 kes tempatan.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di Malaysia adalah sebanyak 9,038 kes.

Jumlah pesakit discaj adalah seramai 11 orang dan menjadikan jumlah kes pesakit yang telah sembuh dan discaj ialah 8,713 kes.

Pesakit yang masih dirawat iaitu Kes Aktif adalah seramai 200 orang manakala yang berada di ICU adalah seramai 2 orang dan satu orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Tiada kes kematian baharu dicatatkan pada hari ini dan menjadikan jumlah kes kematian setakat ini kekal dengan 125 kes.

Sidang Media: Perkembangan COVID-19 Di Malaysia

Sidang media oleh YBhg. Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia berkenaan perkembangan terkini COVID-19 di Malaysia

Dikirim oleh KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA pada Kamis, 06 Agustus 2020

Meskipun Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) telah berakhir dan digantikan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), orang ramai haruslah mengekalkan langkah pencegahan COVID-19 sepertimana yang diamalkan sebelum ini.

#StayAtHome
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments