Kepulangan kumpulan kedua jemaah tabligh rakyat Malaysia dari India telah selamat dibawa pulang ke tanah air pada menerusi pesawat Air India Express.
Kesemua 40 orang jemaah kini telah diarahkan menjalani proses kuarantin selama 14 hari di Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP), Bangi.
Timbalan Menteri Luar Negeri turut melaporkan masih terdapat 87 jemaah tabligh yang terkandas di negara berkenaan.
“Sehingga kini seramai 52 jemaah yang berada di beberapa wilayah India di Bihar, Jharkand, Telangana, Tamil Nadu dan Maharashtra sedang menjalani proses perundangan.
“Sembilan jemaah di Kolkata, West Bengal sedang menanti prosedur perundangan seterusnya, manakala seorang jemaah di Amravati, Maharashtra tidak dikenakan apa-apa pertuduhan.
“Proses penghantaran pulang seterusnya akan melibatkan seramai 25 jemaah di New Delphi pada 29 Julai nanti,” kata Dato’ Kamarudin Jaffar.
Dikirim oleh Wisma Putra pada Rabu, 22 Juli 2020
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

Leave a Reply