Thursday, November 19, 2026
HomeBERITACOVID-19 : Lapan pulih, sembilan kes baharu

COVID-19 : Lapan pulih, sembilan kes baharu

Sembilan kes baharu COVID-19 dicatatkan hari ini melibatkan tiga kes import dan enam kes tempatan.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di Malaysia adalah sebanyak 8,840 kes.

Jumlah pesakit discaj adalah seramai lapan orang dan menjadikan jumlah kes pesakit yang telah sembuh dan discaj ialah 8,574 kes.

Pesakit yang masih dirawat iaitu Kes Aktif adalah seramai 143 orang manakala yang berada di ICU adalah seramai 5 orang dan dua kes yang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Tiada kes kematian baharu dicatatkan pada hari ini dan menjadikan jumlah kes kematian setakat ini kekal dengan 123 kes.

Sidang Media: Perkembangan COVID-19 Di Malaysia

Sidang media oleh YBhg. Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia berkenaan perkembangan terkini COVID-19 di Malaysia

Dikirim oleh KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA pada Kamis, 23 Juli 2020

Meskipun Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) telah berakhir dan digantikan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), orang ramai haruslah mengekalkan langkah pencegahan COVID-19 sepertimana yang diamalkan sebelum ini.

#StayAtHome
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments