Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAPerak komited lahir 1,000 usahawan tani melalui Skim Usahawan Agrotani

Perak komited lahir 1,000 usahawan tani melalui Skim Usahawan Agrotani

Menerusi perkongsian laman media sosial Facebook Menteri Besar Perak @Faizal Azumu, beliau berkongsi kerajaan negeri komited menjayakan misi melahirkan usahawan tani yang berjaya.

“Bagi menjunjung titah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzwan Sultan Nazrin Muizzidin Shah mengenai pentingnya memperkasa sektor pertanian bertujuan menjamin bekalan makanan negara, kerajaan negeri melalui Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP ) bertindak menggerakkan agenda melahirkan hampir 1000 usahawan tani,” kongsi beliau.

Melalui Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP) dijangka hampir 1,000 usahawan tani termasuk graduan yang masih menganggur akan turut terlibat dalam menggerakkan agenda berkenaan.

Menerusi Skim Usahawan Agrotani dalam bidang penternakan, perikanan, pertanian dan juga komersial asas tani, terdapat beberapa inisiatif yang akan ditawarkan, antaranya :

1. Projek urban farming iaitu pembangunan urban farming secara fertugasi.

2. Skim usahawan pertanian Perak agriculture integrated Valley PAIV.

3. Skim projek rintis ldang usahawan graduan senggang.

4. Skim pertanian nanas Perak.

5. Program pembngunan usahawan PPPNP PInjaman Kewangan Tanpa Faedah dan Geran.

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Bagi menjunjung titah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni…

Posted by Faizal Azumu on Thursday, 25 June 2020

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments