Program Insentif Pengambilan Pekerja, Penjana Kerjaya, di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru akan bermula pada hari Isnin ini (15 Jun).
Memetik kenyataan Ketua Eksekutif Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Dato’ Sri Dr. Mohammed Azman Dato Aziz berkenaan bantuan pengambilan pekerja dan kursus latihan di bawah PenjanaKerjaya, ianya akan dilaksanakan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) di bawah Kementerian Sumber Manusia.
PenjanaKerjaya bertujuan merangsang pewujudan pekerjaan dan meningkatkan peluang pekerjaan malah garis panduan permohonan serta terma dan syarat telah dikeluarkan kepada majkan pada hari ini dan boleh diperolehi di laman web PERKESO www.perkeso.gov.my.
“Memandangkan PenjanaKerjaya akan mewujudkan banyak peluang pekerjaan, PERKESO menggesa individu yang masih menganggur termasuk graduan dan lepasan sekolah untuk mendaftar di portal MyFutureJobs (www.myfuturejobs.gov.my) PERKESO.
“Pencari kerja yang memerlukan bantuan boleh menghubungi PERKESO atau hadir ke pejabat kami di seluruh negara di mana Kaunselor Kerjaya PERKESO bersedia untuk membantu.
“Bagi majikan pula, Pegawai Perkhidmatan Majikan PERKESO bersedia memberi sokongan kepada majkan yang memerlukan bantuan seperti mendaftarkan kekosongan jawatan ataupun pengambilan pekerja,” ujar beliau.
Beliau menambah, majikan yang mempunyai kekosongan jawatan di syarikat masing-masing, boleh mendaftarkan profil mereka di penjanakerjaya.perkeso.gov.my mulai esok.
“Apabila majikan telah mengambil pekerja melalui program ini, mereka mesti mendaftarkan pekerja-pekerja ini dengan PERKESO untuk caruman wajib.
” Mulai 1 Julai 2020, majikan boleh memilih nama pekerja yang diambil di bawah program ini melalui ; penjanakerjaya.perkeso.gov.my untuk kelulusan bayaran insentif malah insentif pengambilan pekerja akan dibayar pada bulan berikutnya setelah caruman PERKESO dibayar, bersama dengan elaun mobiliti untuk pekerja yang layak, yang dibayar kepada pekerja melalui majikan mereka,” terang beliau.
Tambah beliau lagi, majikan hanya perlu memohon insentif untuk setiap pekerja yang diambil bekerja sekali sahaja dan pembayaran insentif pada bulan berikutnya (selama 6 bulan) akan dilakukan secara automatik.
Mulai 1 Julai 2020, jika perlu, majikan boleh memilih daripada senarai kursus yang diluluskan di penjanakerjaya.perkeso.gov.my bagi latihan kemahiran dan peningkatan kemahiran untuk pekerja mereka yang diambil melalui program ini. Program Iatihan ini akan dilaksanakan dengan kerjasama Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB).
Melangkah ke hadapan, PERKESO kini sedang meneliti peluang berkolaborasi dengan pelbagai Agensi Perkhidmatan Pekerjaan Swasta untuk meningkatkan prospek pekerjaan untuk pencarian kerja dan penganggur.
Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Soalan Lazim di laman web rasmi PERKESO. Anda juga boleh hubungi nombor hotline d 03-8091 5300 (Isnin hingga Ahad) atau emel : penjanakerjayo@perkeso.gov.my
* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply