Panduan pilih produk kosmetik yang selamat digunakan

0

Kosmetik adalah teman setia bagi setiap wanita untuk tampil lebih cantik dan menarik.

Seiring dengan perkembangan teknologi di samping permintaan yang tinggi, pelbagai jenis produk kosmetik terdapat di pasaran.

Sebagai pengguna yang bijak, anda seharusnya lebih peka tentang maklumat yang perlu diketahui sebelum memilih sesuatu produk kosmetik.

Sebelum membeli atau menggunakan sebarang produk kosmetik pastikan anda mengikuti panduan seperti dibawah ini bagi pemilihan produk yang selamat.

1) Mempunyai nombor notifikasi yang tulen walaupun tidak dipaparkan pada pek pembungkusan (Cth: NOT141203021K).

2) Kesan penggunaan produk tidak kekal dan perlu secara berterusan. Contohnya membantu mencerahkan kulit dan bukannya memutihkan wajah.

3) Hanya digunakan untuk tujuan kosmetik. Contohnya untuk membersih atau mencantikkan kulit dan bukannya merawat atau mencegah penyakit.

4) Mempunyai bahan yang dibenarkan sahaja, tidak mengandungi bahan terlarang seperti hydroquinone atau merkuri.

5) Untuk kegunaan luar sahaja seperti disapu pada kulit wajah.

6) Mempunyai formulasi yang bersesuaian dengan fungsi kosmetik. Contohnya dalam bentuk krim dan bukannya berbentuk suntikan.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply