Thursday, November 19, 2026
HomeBERITA“Demi keselamatan kita mesti redha dan tabah” - Dato’ Seri Hishamuddin Hussein

“Demi keselamatan kita mesti redha dan tabah” – Dato’ Seri Hishamuddin Hussein

Keputusan penangguhan penghantaran jemaah Haji ke Mekah oleh kerajaan pada tahun ini perlu diterima dengan hati terbuka oleh rakyat Malaysia.

Menerusi laman media sosial Facebook Menteri Luar Negeri, Dato’ Seri Hishamuddin Hussein beliau menyedari kesedihan jemaah, namun keputusan yang dilakukan adalah demi kepentingan kesihatan rakyat Malaysia.

“Saya faham, penangguhan penghantaran jemaah haji Malaysia ke Tanah Suci tahun ini amat berat untuk diterima.

“Harap semua yang terkesan agar tabah dan redha dengan keputusan ini. Sesungguhnya, ia demi keselamatan jemaah juga.

“Malah negara jiran Brunei, Singapura dan Indonesia turut membuat keputusan sama,” katanya.

Beliau menambah, kerajaan Arab Saudi juga telah dimaklumkan berhubung keputusan ini.

“InsyaAllah, hubungan baik kita dengan Arab Saudi akan dimanfaatkan bagi memastikan urusan haji Malaysia pada masa akan datang dipermudahkan.

Beliau turut memanjatkan doa semoga Allah SWT segera memutuskan rantaian #COVID19 dari terus mengancam Kota Suci Mekah dan aktiviti haji dapat berjalan seperti biasa pada masa hadapan.

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

DEMI KESELAMATAN, KITA PERLU REDHA DAN TABAHSaya faham, penangguhan penghantaran jemaah haji Malaysia ke Tanah Suci…

Posted by Hishammuddin Hussein on Saturday, 13 June 2020

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments