Kafe #KopieSatu di bawah naungan Federal Algricultural Marketing Authority (FAMA) telah membuka satu lagi francais bertempat di lobi Kementerian Pertahanan Malaysia, Jalan Padang Tembak, Kementah, Kuala Lumpur.
Menteri Kanan Keselamatan, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob dalam perkongsian di laman media sosial Facebooknya menyatakan rasa dan kualiti kopi yang disajikan di kafe berkenaan setanding dengan kopi berjenama dan terkenal di Malaysia.
Oleh itu, beliau menyeru agar orang ramai memberi sokongan kepada produk tempatan dengan mengunjungi kafe #KopieSatu.
Hargai produk tempatan ☕
– THE MALAYA POST
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.
https://m.youtube.com/c/themalayapost
Semalam #KopieSatu kafe jualan kopi secara francais di bawah FAMA telah membuka cawangan di lobi Kementerian…
Posted by Ismail Sabri Yaakob on Friday, 12 June 2020

Leave a Reply