Sunday, June 23, 2024
HomeBERITAPATI akan terus digempur

PATI akan terus digempur

Penggunaan Mykad palsu di kalangan warga asing semakin berleluasa, malah ada yang sanggup membayar dengan harga ribuan ringgit demi memperolehi status kewarganegaraan secara haram.

Kelmarin, satu tangkapan telah dilakukan oleh pihak polis setelah berjaya mengesan Pendatang Tanpa Izin (PATI) yang cuba memohon perkerjaan menggunakan Mykad palsu.

Berhubung penahanan itu, Menteri Kanan Keselamatan, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob turut menjelaskan kerajaan memandang serius akan perkara yang melibatkan PATI.

“Tindakan kita untuk menangkap PATI ini adalah berterusan termasuklah tindakan-tindakan PATI seperti menghalalkan kemasukan mereka ke negara dengan menggunakan kad pengenalan palsu.

“Sebab itu operasi Ops Benteng sentiasa diteruskan dan kita akan memeriksa setiap pengenalan diri mereka bagi mengenalpasti cara kemasukan mereka secara halal ataupun haram.

“Dan jika terdapat mana-mana PATI yang mencuba membuktikan kewarganegaraan melalui kad-kad pegenalan palsu ini pasti sahaja tindakan akan di ambil,” ulas beliau dengan lebih lanjut siang tadi.

Dalam pada itu, beliau percaya Kementerian Dalam Negeri akan terus melakukan tindakan bagi memastikan PATI yang tidak mempunyai dokumen sah atau memilik kad pengenalan palsu akan di ambil tindakan sekeras-kerasnya.

SIARAN LANGSUNG:SIDANG MEDIA (NON HEALTH) SELEPAS MESYUARAT KHAS MENTERI-MENTERI MENGENAI PELAKSANAAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN OLEH YB DATO’ SRI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB, MENTERI KANAN PERTAHANAN.

SIARAN LANGSUNG:SIDANG MEDIA (NON HEALTH) SELEPAS MESYUARAT KHAS MENTERI-MENTERI MENGENAI PELAKSANAAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKANOLEH YB DATO’ SRI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB, MENTERI KANAN PERTAHANAN.

Posted by Majlis Keselamatan Negara on Thursday, 11 June 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments