Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAMasa PKP, PKPD pantai bersih aje, tapi bila dah dibenarkan melancong pantai...

Masa PKP, PKPD pantai bersih aje, tapi bila dah dibenarkan melancong pantai Port Dickson mula tercemar dengan sampah sarap

Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) baru saja bermula.

Menerusi pengumuman oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin beliau berkata kebenaran melancong dalam negeri (domestik) dibenarkan dan nampaknya orang ramai mengambil peluang membawa ahli keluarga makan angin setelah beberapa minggu terkurung di rumah.

Antara tempat percutian yang menjadi pilihan pastilah kawasan pantai.

Pantai Port Dickson antara tempat yang menerima kunjungan paling ramai kerana lokasinya tidak jauh dari ibu kota.

Namun, apa yang menyedihkan ialah keadaan kawasan pantai kelihatan kotor dan tercemar dek sampah sarap yang ditinggalkan pengunjung.

Menerusi laman media sosial Facebook @Seremban page, perkongsian beberapa foto pemandangan tepi pantai dengan taburan sampah di merata tempat. Antara luahan yang dicatatkan ialah,

“Baru tiga hari PKPP bermula, dah begini jadinya,

“Buatlah macam mana pun. Manusia memang sukar dapat diubah.

“Nak kata pelancong asing? Tak mungkin. Ni orang Malaysia sendiri!

Menurut penduduk tempatan, sejak pelaksanaan PKP, PKPD dan PKPB pantai terbabit bersih dan indah.

Namun apabila masuk fasa PKPP yang membenarkan pelancongan dalam negeri dan sudah boleh lepak di pantai, inilah hasilnya!

“Kau jangan mimpi penyu nak datang bertelur atau dolphin nak datang kalau begini caranya!

Nampaknya masih ramai yang kurang kesedaran dan rasa tanggungjawab serta sayang kepada alam sekitar.

Bilakah agaknya mentaliti rakyat Malaysia ini akan berubah?

To all Malaysian, please keep our surroundings clean!

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Baru 3 hari PKPP ini hasilnyaBuatlah macam mana pon. Manusia mmg sukar dapat di ubah. Nak kata pelancong asing? Tak…

Posted by Seremban page on Thursday, 11 June 2020

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments