Bersin dan batuk merupakan tindak balas badan dan ianya adalah perkara biasa yang berlaku kepada setiap orang.
Namun, cara menanganinya haruslah beretika dan lebih sopan agar tidak mengganggu keselesaan awam.
Sejak awal lagi, World Health Organisation (WHO) telah menyatakan penyebab jangkitan COVID-19 adalah virus pernafasan yang berjangkit sesama manusia iaitu melalui titisan pernafasan (secara umumnya) apabila individu bergejala bersin dan batuk.
Oleh itu, kita perlu tahu dan mengamalkan etika batuk dan bersin cara selamat untuk menguruskan gejala yang dialami.
Dalam masa yang sama, langkah ini mampu melindungi orang disekeliling anda dari berisiko mendapat ancaman jangkitan COVID-19.
Menerusi perkongsian di laman media sosial Facebook @Kementerian Kesihatan Malaysia menyenaraikan tips buat panduan kita semua.
1. Pemakaian penutup hidung dan mulut atau face mask.
Pada ketika ini, sudah pasti orang ramai sedar akan kepentingan pemakaian face mask ini terutama mereka yang bergejala.
2. Tutup hidung dan mulut dengan tisu atau sapu tangan ketika bersin atau batuk.
Buangkan tisu selepas digunakan dan cuci sapu tangan secepat mungkin.
Jangan berkongsi sapu tangan dan tuala anda dengan orang lain.
3. Adalah lebih sopan apabila anda palingkan muka daripada orang lain dan juga makanan ketika bersin.
4. Elak menyentuh muka, hidung dan mulut dengan kerap.
Kita tidak tahu tahap kebersihan tangan dan jari jemari kita.
5. Tidak perlu pergi ke tempat sesak jika tiada keperluan.
Ini boleh mengundang risiko dijangkiti virus.
Justeru, penting setiap lapisan masyarakat mengamalkan etika ini bagi mengelakkan jangkitan yang meluas terutamanya di tempat awam.
Tidak salah menegur dengan cara baik sekirannya perlu, saling berpesan dan jadikan ia kebiasaan baharu jika tidak biasa mempraktikkan etika ini.
Mencegah lebih baik dari mengubati.
– THE MALAYA POST
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.
https://m.youtube.com/c/themalayapost
Selain kelihatan sopan, etika batuk dan bersin adalah cara selamat untuk menguruskan gejala dalam masa yang sama…
Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Wednesday, 10 June 2020

Leave a Reply