Sunday, June 16, 2024
HomeBERITAOrang awam, pelanggan boleh lapor premis tidak patuh SOP

Orang awam, pelanggan boleh lapor premis tidak patuh SOP

Orang awam atau pelanggan boleh melaporkan kepada pihak polis atau pasukan task force jika terdapat ketidakpatuhan SOP di sesebuah premis perniagaan.

Menteri Kanan Keselamatan, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob berkata walaupun kini memasuki fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) tindakan kompaun dan sebagainya masih akan dikenakan jika melakukan kesalahan.

Sehubungan itu, jika mana-mana premis didapati melanggar peraturan PKPP, surat kompaun akan diberikan atau mereka akan dihadapkan ke mahkamah atau mungkin arahan penutupan premis dikeluarkan.

Justeru, beliau menyeru kepada orang ramai untuk melaporkan sebarang kesalahan yang berlaku kepada pasukan task force seperti RELA, ATM atau mana-mana agensi yang sedang berkawal.

Sebarang laporan perlu lengkap berkenaan maklumat premis perniagaan seperti nama dan lokasi kedai serta kesalahan ingkar SOP yang dilakukan.

PKPP : PELANGGAN BOLEH LAPOR KEPADA TASK FORCE OPERASI PEMATUHAN TERHADAP PREMIS YANG TIDAK PATUH SOP

PKPP : PELANGGAN BOLEH LAPOR KEPADA TASK FORCE OPERASI PEMATUHAN TERHADAP PREMIS YANG TIDAK PATUH SOP#KitaMestiMenang#COVID19malaysia #COVID19#PerintahKawalanPergerakanPemulihan#PKPPKEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIAKementerian Dalam Negeri (KDN)Jabatan Perdana Menteri

Posted by Majlis Keselamatan Negara on Thursday, 11 June 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments