Pegawai penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah melakukan sejumlah 2,005 pemeriksaan khas Pematuhan SOP PKPB.
Menteri Kanan Keselamatan, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pemeriksaan yang dilakukan mendapati 1,851 premis mematuhi SOP yang telah ditetapkan.
Walaubagaimanapun, sebanyak 145 premis telah diberi nasihat manakala sembilan premis lagi diberi amaran kerana ketidakpatuhan SOP.
Kerajaan menggesa pengusaha dan orang ramai supaya sentiasa mengamalkan penjarakan sosial dan kebersihan diri terutamanya dalam aktiviti jual beli barangan keperluan harian.
– THE MALAYA POST
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.
https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply