Saturday, May 25, 2024
HomeBERITATidak patuh SOP, 2 tapak binaan diarah tutup, 7 diberi amaran

Tidak patuh SOP, 2 tapak binaan diarah tutup, 7 diberi amaran

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) telah membuat pemeriksaan di 191 tapak binaan di seluruh Malaysia dengan penglibatan 193 penguatkuasa kelmarin.

Daripada jumlah itu, pemeriksaan CIDB mendapati 101 tapak binaan mematuhi SOP yang ditetapkan.

Manakala tujuh tapak binaan gagal mematuhi SOP dan telah diberi amaran.

Dua tapak binaan diarah tutup kerana tidak patuh SOP dan 81 tapak binaan pula tidak beroperasi.

Menerusi perkongsian sidang media Dato Seri Ismail Sabri Yaakob, beliau berkata jumlah kumulatif tapak binaan yang telah diperiksa oleh CIDB sehingga hari ini
adalah 6,750.

Daripada jumlah itu, 1,312 tapak binaan didapati mematuhi SOP dan 295 tapak binaan lagi tidak patuh SOP serta telah diberi amaran.

Penguatkuasa CIDB telah mengarahkan 12 tapak binaan ditutup kerana gagal mematuhi SOP dan 5,131 tapak binaan masih belum beroperasi.

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments