Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAKPDNHEP pantau 25 jenis bekalan barangan, 892 premis perniagaan diperiksa

KPDNHEP pantau 25 jenis bekalan barangan, 892 premis perniagaan diperiksa

Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah membuat pemantaan harian ke atas 25 jenis bekalan barangan melibatkan 892 premis perniagaan.

Jumlah berkenaan meliputi peruncit (669), pemborong (190) dan pengilang (33).

Secara keseluruhannya, bekalan barangan keperluan adalah mencukupi dan mampu
menampung keperluan dalam negara yang berterusan selain mudah diperolehi.

Dalam pada itu, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MOA) juga telah membuat pemantauan diperingkat pengeluar makanan dan memberi jaminan bahawa bekalan barangan keperluan adalah mencukupi.

Oleh itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak bimbang dengan bekalan makanan serta keperluan sepanjang musim perayaan dan dijamin mencukupi.

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

 

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments