Air masak, air putih atau air mineral tidak digalakkan dan tidak sesuai diberikan kepada bayi.
Ini kerana air masak tidak mempunyai sebarang kalori dan zat. Susu ibu sudah mencukupi.
Menurut kajian, buah pinggang bayi pada usia enam bulan kebawah masih tidak mampu untuk menangani terlalu banyak air di dalam badan.
Sehubungan itu, pemberian air masak berlebihan boleh mengakibatkan risiko otak membengkak dan membawa pada kematian.
Antara simptom yang boleh dikenalpasti sekiranya bayi mempunyai air berlebihan di dalam tubuh ialah muntah, mengantuk, kelesuan, berpeluh berlebihan, suhu badan rendah, kencing berlebihan sehingga enam atau lapan kali lampin basah sehari serta muka membengkak.
Air masak hanya boleh diberi selepas bayi berusia 6 bulan. Pada usia ini, buah pinggang bayi tidak mampu untuk…
Dikirim oleh Public Health Malaysia pada Jumat, 29 Mei 2020
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

Leave a Reply