Nenek bijak jawab formula fizik

0

Fizik? Biologi? Kimia? Pastinya ianya merupakan antara subjek-subjek yang digeruni oleh para pelajar di sekolah.

Namun perkongsian pemilik Twitter dari negara seberang, Indonesia iaitu Nuradirachman pastinya membuka mata warganet kerana neneknya masih mampu menghafal formula ‘killer subject’ untuk para pelajar.

Nuradirachman yang menggunakan aplikasi TikTok berkongsi video yang memaparkan neneknya menjawab soalan yang terpapar pada skrin telefon pintarnya.

Rupa-rupanya nenek Nuradirachman merupakan seorang bekas guru Fizik yang telah pencen pada tahun 2007 maka tidak hairanlah jika beliau mampu menjawab soalan yang diberikan.

Wahh nenek, bukan kaleng-kaleng ya, sudah bertahun pencen tapi masih ingat formulanya!

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply