Pengecualian saman akan diberikan kepada kenderaan perdagangan yang tidak hadir menjalani pemeriksaan berkala PUSPAKOM sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memaklumkan pengecualian ini berkuatkuasa pada 18 Mac 2020 sehingga tamatnya tempoh PKP sebagaimana yang ditetapkan kerajaan.
Justeru, bagi kenderaan yang gagal hadir dalam tempoh terbabit tidak perlu ke pejabat JPJ untuk mendapatkan surat saman.
Anda boleh terus ke PUSPAKOM untuk menjalani pemeriksaan berkala seperti biasa.
Adalah dimaklumkan bahawa pengecualian tindakan saman kepada kenderaan perdagangan yang gagal hadir pemeriksaan berkala…
Dikirim oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia pada Sabtu, 09 Mei 2020
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

Leave a Reply