Selepas aplikasi MySejahtera dibangunkan, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan beberapa agensi tempatan telah membangunkan aplikasi kedua yang dikenali sebagai MyTrace.
MyTrace berfungsi sebagai aplikasi pengesanan kontak atau dipanggil ‘contact tracing’ bagi mengesan individu yang mempunyai kontak rapat dengan kes jangkitan COVID-19.
Menariknya, aplikasi ini dapat mengesan langsung kehadiran pengguna positif COVID-19 yang berada di sekitar berhampiran yang bertindak menerusi teknologi ‘Bluetooth’.
Menerusi penggunaan aplikasi MyTrace, pengguna yang didapati positif COVID-19 pihak KKM akan segera menghubungi kontak-kontak rapat pesakit melalui ‘Log Pengesanan Hubungan’ di dalam aplikasi tersebut.
Pengguna telefon pintar jenis Android boleh mula memuat turut aplikasi MyTrace di PlayStore, manakala bagi pengguna iOS boleh memuat turun aplikasi ini dalam tempoh terdekat setelah ianya tersedia di App Store.
https://play.google.com/store/apps/details?id=my.gov.onegovappstore.mytrace
https://www.facebook.com/100809974885668/posts/133498764950122/
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

Leave a Reply