Saturday, November 21, 2026
HomeBERITANetizen setuju vape, rokok dan arak tidak disenaraikan produk keperluan essential

Netizen setuju vape, rokok dan arak tidak disenaraikan produk keperluan essential

Memetik perkongsian akaun Facebook Public Health Malaysia, produk vape dan rokok telah dihantar secara senyap dan haram di sebalik penghantaran produk lain termasuk makanan rentetan produk berkenaan tidak disenaraikan sebagai bahan keperluan essential yang membolehkan penghantaran dilakukan dengan bebas.

Ketika ini, di seluruh dunia.. pelobi syarikat tembakau, vape dan arak sedang hangat punggung kerana produk mereka tidak…

Dikirim oleh Public Health Malaysia pada Kamis, 23 April 2020

Beberapa minggu lalu juga telah tular permohonan syarikat pembuatan minuman keras untuk memohon agar operasi mereka dibenarkan sebelum aktiviti berkenaan ditumpaskan serta dikecam oleh netizen dan masyarakat.

Tidak hanya itu, terdapat juga penerbitan beberapa artikel yang mendesak agar produk tembakau terbabit disenaraikan dalam produk essential.

Harus diingat, setiap manusia memerlukan paru-paru yang baik lebih-lebih lagi ketika penularan wabak COVID-19.

Merokok juga boleh mengakibatkan risiko jangkitan COVID-19 yang lebih serius berlaku.

Manakala arak menjadi salah satu punca pemandu yang meminum arak memandu dalam keadaan mabuk sekaligus berisiko terhadap nyawa pengguna jalan raya yang lain.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments