Wednesday, June 19, 2024
HomeBERITAKWAP sumbang enam unit dron kepada PDRM

KWAP sumbang enam unit dron kepada PDRM

Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) sumbang enam unit dron kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membantu pelaksanaan aktiviti pengawasan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Majlis penyerahan yang berlangsung di Kompleks Kementerian Kewangan Malaysia semalam turut disaksikan oleh Menteri Kewangan Malaysia, Dato’ Seri Tengku Zafrul Tengku Abu Bakar.

Turut hadir, Ketua Polis Negara, Dato’ Seri Abdul Hamid Bador serta Ketua Sentiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir dan Ketua Pegawai Eksekutif KWAP, Syed Hamadah Syed Othman.

Ketua Pegawai Eksekutif Aerodyne Group, Kamarul A Muhamed selaku orang yang bertanggungjawab untuk melatih para anggota PDRM dalam penggunaan dron terbabit turut hadir sama pada majlis berkenaan.

Sehubungan itu, Kementerian Kewangan menzahirkan penghargaan di atas bantuan yang disumbangkan dan kesudian KWAP untuk turut serta membantu petugas barisan hadapan menjalankan tugas bagi membendung wabak COVID-19 dalam negara.

YB Tengku Zafrul, Menteri Kewangan petang tadi telah menyaksikan Majlis Penyerahan Sumbangan 6 Unit Dron oleh Kumpulan…

Dikirim oleh Kementerian Kewangan Malaysia pada Kamis, 23 April 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments