Friday, July 12, 2024
HomeBERITAKementerian Kesihatan terima sumbangan dari syarikat, persatuan dan pertubuhan

Kementerian Kesihatan terima sumbangan dari syarikat, persatuan dan pertubuhan

Memetik perkongsian dari laman Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Menteri Kesihatan, Dato’ Seri Dr Adham Baba menerima sumbangan dari pelbagai syarikat, persatuan dan pertubuhan.

Putrajaya, 23 April 2020 – Menteri Kesihatan, YB Dato' Sri Dr Adham Baba telah menerima sumbangan dari pelbagai…

Dikirim oleh KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA pada Kamis, 23 April 2020

Turut hadir ketika majlis penerimaan sumbangan berkenaan adalah Datuk Aaron Ago Dagang selaku Timbalan Menteri Kesihatan II dan Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan)KKM, Dato’ Mohd Shafiq Abdullah

Antara senarai penyumbang COVID-19 siri keempat adalah Kedutaan Palestin menyampaikan 500 kilogram buah kurma yang diwakili oleh Duta Besarnya, Tuan Yang Terutama Encik Walid Abu Ali, Majlis Kanser Negara (MAKNA).

Pihak MAKNA juga menyumbang peralatan perlindungan diri (PPE) yang bernilai RM1.4 juta.

Selain itu, pihak kementerian juga turut menerima sumbangan 2,000 unit set peralatan perlindungan diri (PPE) bernilai RM300 ribu dari Malaysia Airport Berhad (MAB).

Persatuan Kebajikan Kasih Sayang (Ai Xin) Malaysia menyampaikan sumbangan PPE bernilai RM1 juta.

Antara lain yang memberikan sumbangan ialah Sin Hock Min Foundation, McDonald’s Malaysia dan Toyota Boshoku UMW.

Masing-masing memberikan sumbangan bernilai RM500 ribu, McDonald’s Malaysia bernilai RM250 ribu dan Toyota Boshoku UMW Sdn Bhd dengan nilaian sumbangan RM270 ribu.

Penyumbang lain, Ranhill Worley Sdn Bhd, Persekutuan Pengakap Malaysia, Scientex Berhad, Fibertex Personal Care Sdn Bhd dan HingYiap Knitting Sdn Bhd serta Lippotex Industries menyampaikan sumbangan PPE.

Manakala Plastik V Sdn Bhd turut memberikan sumbangan 105 ribu beg sampah klinikal dan Tan Sri Lim Kok Wing menyampaikan sumbangan 4,000 topeng muka dan 50 botol pembersih tangan serta syarikat Bata Primavera Sdn Bhd menyumbang 500 pasang kasut.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments