Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan terdapat 69 kes baharu pada hari ini (17 April).
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di Malaysia adalah sebanyak 5,251 kes.
Jumlah pesakit discaj pula adalah seramai 201 orang, menjadikan jumlah kes pesakit yang telah sembuh dan discaj ialah 2,967 kes.
Manakala, pesakit yang dirawat di ICU adalah seramai 51 orang dan 26 daripada jumlah tersebut memerlukan bantuan alat pernafasan.
Dukacita dimaklumkan kes kematian pada hari ini adalah seramai 2 orang.
Keseluruhan kes kematian di negara kita adalah sebanyak 86 kes.
Takziah buat ahli keluarga mangsa.
Al- Fatihah.
#StayAtHome
#COVID19Malaysia
#staySafe
#stayHealthy
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang
Sidang Media: Perkembangan COVID-19 Di Malaysia
Sidang media oleh YBhg. Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia berkenaan perkembangan terkini COVID-19 di Malaysia
Dikirim oleh KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA pada Jumat, 17 April 2020
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

Leave a Reply