Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAPihak polis ada kuasa ambil tindakan terhadap individu ingkar PKP

Pihak polis ada kuasa ambil tindakan terhadap individu ingkar PKP

Menteri Kanan Keselamatan, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob memulakan sidang media harian COVID-19 (Non Health) melaporkan tindakan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang telah dilakukan kelmarin.

Menurut beliau, sehingga kelmarin (16 April 2020) pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah mengadakan 813 sekatan jalan raya di seluruh negara dan melakukan pemeriksaan ke atas 557,699 kenderaan.

Selain itu, sebanyak 57,344 pemeriksaan mengejut telah diadakan di seluruh negara dengan kira-kira 5,220 premis telah diperiksa oleh pihak berkuasa.

Pihak PDRM juga telah menahan 1,057 individu kerana mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan tindakan diamabil merangkumi 906 individu direman manakala 151 individu diberi jaminan polis.

Seramai 622 individu telah dituduh di mahkamah di atas kesalahan mengingkari PKP dan ianya menjadikan jumlah tangkapan kumulatif ingkar PKP sehingga semalam adalah seramai 12,074 individu.

“Tangkapan tangkapan sepanjang PKP seperti yang telah saya maklumkan adalah dibuat mengikut Akta 342 iaitu Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan juga akta akta lain yang berkaitan iaitu Kanun Keseksaan.

“Semalam, ada yang menulis dan mengatakan bahawa pihak polis tidak mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan terhadap pesalah pesalah ini dan pihak polis tidak mempunyai kuasa untuk mengeluarkan waran dan sebagainya,” ujar beliau.

Beliau turut menegaskan pihak polis bertindak berdasarkan Akta 342 dan Seksyen 3.1.

“Akta terbabit jelas mengatakan Menteri Kesihatan boleh melantik mana mana orang yang sesuai menjadi pegawai yang diberi kuasa untuk menahan mereka yang ingkar dan sebagainya.

“Jadi Seksyen 3.1 adalah kuasa Menteri Kesihatan untuk melantik mana mana pegawai, agensi termasuklah Polis, APM, APMN dilaut dan sebagainya untuk melaksanakan segala perkara yang berkaitan dengan Akta 342 termasuk peraturan peraturan di bawah Akta 342, malah Seksyen 3.2 juga menyebut seorang pegawai diberi kuasa untuk bertindak dalam bidang kuasa dan kewajipannya di bawah akta ini dan ianya di sifatkan sebagai penjawat awam dan segala kesalahan mengingkari perintah pegawai awam boleh dihukum dibawah akta ini dan juga dibawah Kanun Keseksaan Seksyen 186 seperti yang saya sebutkan sebentar tadi,” tegas beliau.

Oleh itu orang ramai dinasihatkan supaya tidak mempertikaikan segala tindakan yang dikenakan oleh pihak berkuasa kerana ianya jelas bahawa pihak polis berkuasa untuk mengambil tindakan bagi melaksanakan apa yang termaktub di dalam Akta 342.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments