Menerusi laman media sosial Facebook @KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
jumlah kes baharu positif Covid 19 pada hari ini (14 April) adalah seramai 170 orang.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di Malaysia adalah sebanyak 4,987 kes.
Manakala, jumlah pesakit yang dibenar discaj adalah seramai 202 orang.
Ini menjadikan jumlah kes pesakit yang telah sembuh dan discaj ialah 2,478 kes.
Pesakit yang dirawat di ICU pula seramai 60 orang dan 33 daripada jumlah terbabit memerlukan bantuan alat pernafasan.
Dukacita dimaklumkan kes kematian baharu pada hari ini adalah seramai 5 orang dan menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian di Malaysia sebanyak 82 kes.
Takziah buat ahli keluarga mangsa.
#StayAtHome
#COVID19Malaysia
#staySafe
#stayHealthy
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang
Sidang media oleh YBhg. Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia berkenaan perkembangan terkini COVID-19 di Malaysia
Dikirim oleh KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA pada Selasa, 14 April 2020
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

Leave a Reply