Saturday, November 21, 2026
HomeBERITASuara hati “frontliners” yang sedang bertugas

Suara hati “frontliners” yang sedang bertugas

Sedang kita enak berehat di rumah bersama keluarga tersayang, namun ada yang perlu bertugas demi menyelamatkan nyawa manusia.

Mereka bertungkus lumus menjalankan tugasan dan berusaha merawat serta menyelamatkan mangsa jangkitan virus pandemik tidak kira siang mahupun malam.

Mereka melaksanakan tanggungjawab dengan terbaik untuk keselamatan rakyat walaupun terpaksa berhadapan dengan pelbagai kemungkinan yang boleh berlaku.

Inilah mereka, para petugas barisan hadapan yang sedang berjuang demi kesejahteraan hidup seluruh rakyat Malaysia.

Dalam melaksanakan tugasan, sebagai manusia biasa, mereka turut mempunyai keinginan dan misi peribadi masing-masing.

Menerusi laman media sosial Facebook @PKA -Pembantu Kesihatan Awam- mereka memuatnaik “wishlist” yang ditulis di bahagian belakang “uniform” PPE masing-masing, antaranya :

‘Rindu mak’

‘Rindu awak’

‘Rindu masakan mak’

‘Nak balik Raya’

‘Nak kahwin’

‘Stay at home’

Timbul rasa simpati dan sedih apabila membaca suara hati mereka.

Kerana kekangan pergerakan dan demi tugas, semua keinginan mereka terpaksa ditangguhkan dahulu.

Melihat perkongsian berkenaan, wargamaya turut menzahirkan penghargaan dan memberi sokongan moral di atas usaha para pejuang negara ini.

Masyarakat juga turut sama-sama mendoakan agar para petugas barisan hadapan dilindungi dan dipermudahkan urusan.

Tahniah dan terima kasih.

Jasamu akan dikenang!

Suara hati sahabat kita yang sedang bertugas.

Dikirim oleh PKA -Pembantu Kesihatan Awam- pada Minggu, 12 April 2020

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments