Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAMahu bilik hotel menghadap Tasik Putrajaya? Memilih betul golongan dari kayangan ini...

Mahu bilik hotel menghadap Tasik Putrajaya? Memilih betul golongan dari kayangan ini ya!

Kadang-kala segelintir golongan “have-have” atau gelaran yang mula popular kini, “golongan dari kayangan” agak menduga kesabaran para petugas kesihatan dengan bermacam kerenah yang tidak masuk akal.

Memetik perkongsian di laman Facebook, seorang petugas kesihatan yang dikenali sebagai Ed Idrus meluahkan cabaran yang dilaluinya ketika menguruskan “golongan dari kayangan” ini.

Beliau yang ketika itu ditugaskan untuk bersiap sedia menerima PUS (patients under surveillance) penerbangan luar negara.

Setibanya enam buah bas dari KLIA yang membawa penumpang penerbangan dari Bali dan Jakarta di Hotel Dorsett Putrajaya maka muncul lah para penumpang beg membawa bagasi, guni-guni kain baju borong, kotak-kotak barangan.

“Sekali turun 5 org. Gelak² berhimpit². Bila tegur suruh jarakkan sikit. Kita pulak kena perli balik 🥴,” kongsinya.

Dugaan bermula apabila salah seorang dari PUS dengan agak “demanding” meminta untuk mendapatkan bilik menghadap Tasik Putrajaya!

Wowww!!! Hebatnya kamu, yakinnya kamu🤦🏼‍♀️🙄

Malah para petugas juga dimarahi dan ada yang meminta untuk mendapatkan bilik di hotel yang lain selain dari bilik hotel yang telah disediakan.

“Macam² ragam orang² ni. Ujian buat kami. Sorang masuk, “Saya nak bilik saya mengadap tasik Putrajaya”. Blur kejap fikir mana satu nak cekau bilik mengadap tasik tu. Maaf Encik, saya bukan pekerja hotel. 🥴 Sorang lagi, “Eh cepat boleh tak. Saya ni taknak duduk bilik kat hotel ni. Saya nak bilik hotel lain!,” tulisnya.

Menurut Ed Idrus, jika diberikan pilihan beliau secara sukarela mahu menjaga PUS dari Tabligh Masjid Sri Petaling kerana akhlak dan berbudi bahasa serta menyenangkan hatinya ketika bertugas berbanding terpaksa berdepan dengan PUS jelmaan dari kayangan terbabit.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10219017098153142&id=1075430284

Para PUS semua, tidak boleh ke anda terima sahaja bantuan yang diberikan seadanya?

Banyak “cekadak” pula kamu ya!

Jangan rasa  “frontliner” ini hamba kamu ya???

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments